Monday, August 30, 2010

Bukankah Kita dah Merdeka??

Some story about "MERDEKA"


Sambutan Ke 30

Aku baru 8 bulan,jd xtaw apa sal merdeka,mungkin time tue mak duk marah2 budak
kat taman sebab bising n wat aku terjaga,:-)


Sambutan Ke 35

Cukup 5 taun aku hirup oksigen kat Malaysia neh,segar lagi sbb x byk habuk lagi
time tue,:-) 31 Ogos-kat tv nmpk ada orang pakai baju Bendera Malaysia,
nyanyi n menari-aku ikut menari  tanpa sedikit pun tahu apa itu "MERDEKA",:-),
Mak n Abah senyum je tgk anak jantan buas neh,:-)


Sambutan Ke 38

8 tahun-31 Ogos datang lagi,kat skolah ada perhimpunan,ada ucapan,ada program,
aku tertanya  Napa kena Sambut Merdeka?? Sapa Merdeka tue??
Tanya cikgu,tp maybe sbb aku budak2 tak sunat lagi,jd jawapan nya mudah
-Hari Untuk Kita Berseronok-oh,yeke,boleh happy2 la 31 Ogos nie kan??
-Mak n Abah bwk tgk orang buat barisan mcm aku buat kat skolah slalu
dan pakai mcm2 jenis baju n lambai-lambai,31 Ogos nie memang best la,:-)



Sambutan Ke 41

Darjah 5-cikgu bagitau dalam kelas-Merdeka nie bermaksud kita bebas dari penjajah,
bebas dari kuasa mereka dan bebas untuk mengamalkan budaya dan pemerintahan
kita sendiri,mengamalkan demokrasi berbilang kaum..
"Tunku Abdul Rahman"-mungkin bukan pertama kali aku dgr-
tp kali nie br aku taw dia orang penting dalam "MERDEKA" nie,:-)
Dah taw kenapa orang wat perbarisan.. :-)


Sambutan Ke 44

Aku dah Form 2.. baru nak kenal dunia remaja,slalu tgk membe2 pakai baju2 yang
pelik,fesyen2 aku x pnah tgk,bila tanya KENAPA?? Eh,nie fesyen barat,takkan hang
xtaw kot,kita kena la ikut trend,br la sempoi-yeke? Tp Bukankah Kita Dah MERDEKA??
Kenapa kena ikut depa lagi?? Mana kebebasan tuk mengamalkan budaya kita??

Sambutan Ke 47

Dah form 5 dah pun... Merdeka?? xda makna apa pun tuk sorg budak nak amik 
SPM neh,makna merdeka pada kami ialah abes jawab exam,:-),Penghayatan??
Xda untuk Remaja yang x reti nak hargai erti merdeka nie,bg dia,merdeka ataw
tak,sama ja,janji dia bebas wat apa saja,jalan mana saja.Nak taw apa budak nie buat time 
31 Ogos?? Dia pi tgk cita Puteri Gunung Ledang lepas dapat duit hasil xcident ngan
tauke projek mana tah-thanx to adik dia yang samseng n hampir nak pecahkan cermin
keta tauke yang langgar depa tu,-takut punya pasal,tauke tu bagi RM150-MERDEKA!!
Boleh pi shopping n tgk wayang!!-Langsung x reti nak hargai erti merdeka.

Sambutan Ke 50 

Dah 20 thn dah pun rupanya.. kali nie sambut merdeka dalam Universiti ja.. tp sejak 
msk pusat pengajian tinggi nie.. pemikiran mula berubah.. byk keraguan tentang erti sebenar
Merdeka.. fizikal nya bebas... Tp Minda dan cara berfikir?? cara hidup?? Semuanya masih 
Bergantung pada penjajah dulu kan?? Kenapa ya?? Bukankah Kita Dah Merdeka??
Perbalahan kaum tetap ada.. makin menjadi.. yang hebat trus gunakan kita tuk kepentingan 
peribadi,ada agenda sendiri,-JGN HIDUP HARMONI-,kalau harmoni,mcm mana depa
nak jadi hero?? Nak jd ketua yang hebat?? Apa yang tinggal tuk depa juangkan?? 
jd semarakkan api perkauman-baru la depa datang di celah2 kekalutan tuk jd hero 
bangsa masing2.. Hero dijulang,maruah di sepak terajang....Merdeka kah mcm nie??




Sambutan ke 53..


Tertido..... DUM!! DUM!!! -bunyi mercun menandakan sudah masuk waktu MERDEKA..:-)
Terkejut jugak la aku dgr bunyi mercun 2.. ada sambutan jugak thn nie.. Erti Merdeka??
Mencari kebebasan untuk mengamalkan nilai murni dan budaya sendiri dalam negara yang
berbilang bangsa...Tp sedih... sehari sebelum Merdeka..terpampang di dada akhbar-
Amik Tindakan ke atas N****ee... Kenapa ada lagi yang mcm neh?? 
mana hilang nilai bangsa?? mana hilang erti merdeka?? mcm2 nista kita dengar..
Bukankah Kita Dah Merdeka??
 
"Kaum A dan C nie x guna btul,nak apa lagi dari kita??,x cukup ka apa kita bagi??"
"Kaum B guna kita,tindas kita,kita ptt dapat lebih lagi.. kita berhak,kita juangkan!!"

Apa semua nie?? Dah 53 thn kita merdeka.. Bukan senang nak dapat Kemerdekaan tu..
Byk yang telah kita korbankan.. Tp sampai sekarang kita x reti nak hargai... cuba kita hidup 
zaman sebelum merdeka... Mungkin hero2 bangsa td lebih menghargai satu sama lain..
Jgn kita ego dengan bangsa sendiri.. Jgn kita rasa hebat dengan bangsa sendiri..
Belajar la tuk terima satu sama lain kalau nak hidup harmoni..
bukan demi Parti A,Parti B,atau Parti C,tp untuk generasi akan datang.. 
Belajar la tuk tolak ansur.. belajar la untuk bersyukur dengan apa yang diberikan..
Belajar lah untuk menghormati bangsa masing2..
Hero-hero bangsa... berhenti la tuk jd hero.. jgn guna kami untuk kepentingan sendiri..
Kami xmau semua nie.. Kami xmau gaduh mcm nie... Kami tak mau tindas sapa2...
Kami nak harmoni...... 


Sudah 53 tahun... sepatutnya kita belajar untuk bersatu padu... supaya kita kuat.. 
xda la orang senang2 nak angkat "BENDERA" dan ganyang kita...


Merdeka lah kita dengan minda dan fizikal bebas dari semua yang negatif..
Bersatu Padu la kita atas nama MALAYSIA.... :-)

No comments:

Post a Comment